Wednesday, April 15, 2015

Khasiat Kunyit

KUNYIT membantu menyembuhkan luka lebih cepat, sebagai antiseptik semula jadi. Ia juga mempunyai sifat anti-kanser. Antioksidan di dalamnya menyumbang dalam pertumbuhan dan peremajaan sel. Cara ini mampu memperlambat proses penuaan. Kunyit menyahtoksikkan racun dan bahan kimia dari tubuh. Sifatnya yang anti-inflimasi dapat menyembuhkan rheumatoid atritis dan mencegah leukemia.Penambahan kunyit dalam diet harian dapat membantu meningkatkan ketahanan tubuh dari serangan penyakit. Bagi yang berhasrat menurunkan berat badan, ia dapat meningkatkan metabolisme dalam tubuh. Kunyit dapat menyembuhkan pigmentasi yang disebabkan oleh sinaran matahari, membantu melembapkan kulit, mengurangkan kekeringan. mencerahkan luka bekas melecur, membersih dan mencerahkan kulit wajah. Ia membantu menentang gangguan kulit seperti ekzema, psoriasis, ruam merah, dan mengurangkan tanda regangan (stretch mark) atau selulit. Ada juga wanita yang menggunakan bedak sejuk buatan sendiri yang dicampurkan kunyit hidup. Ia mampu menghilangkan jerawat dan jeragat pada wajah Untuk membuat jus, parut kunyit hidup, bancuh dengan air suam kira-kira setengah gelas, masukkan sedikit asam jawa dan garam. Baik diminum selepas bersalin, dan selepas datang haid. Di Perak, air perahan kunyit dicampur madu atau ibu garam dan diberikan kepada pengantin pada waktu pagi selepas malam pertama untuk mengembalikan tenaga dan menaikkan seri muka serta badan.

No comments:

Post a Comment