Sunday, April 12, 2015

Khasiat Roselle

ROSELLE, sejenis bunga raya yang nama botani HIBISCUS SABDARIFA mudah tumbuh di kawasan keliling rumah dan sering digunakan dalam masakan. Membesar di pinggir Kuala Lumpur, saya pernah rasa masakan asam pedas ibu saya yang menggunakan daun dan pucuk muda roselle sebagai salah satu bahan utama. Pokok ini boleh tumbuh sehingga 2.5m. Kuntumnya yang berwarna merah digunakan dalam jus, jem dan juga sebagai pewarna makanan. Jus Roselle adalah minuman berkhasiat kaya vitamin C dan anthosianin serta mineral seperti kalsium dan potasium. Minuman itu dikatakan mempunyai ciri-ciri mencegah penyakit darah tinggi, dan baik untuk pencernaan. Tidak ramai yang tahu bahawa ekstrak Roselle boleh merawat sakit gigi, jangkitan usus dan pening kepala. Daun Roselle yang telah dilayur boleh diletakkan kepada tumit yang pecah, bisul dan ulser untuk menggalakkan penyembuhan.
Makanan berasaskan Roselle sangat popular di Myanmar. Daunnya dimakan sebagai ulam dalam salad, dimasak sendirian atau dicampurkan dengan sayur-sayuran lain dan juga daging sebagai perencah. Kerana orang Myanmar tidak minum ketika makan, mereka menyediakan sup daun Roselle untuk dihirup. Malah ikan bakar juga menggunakan daun ini untuk menambahkan perisa. Kaum India pula sering memasukkan daun ini ke dalam kari untuk menerbitkan rasa masam. Kepada yang tidak gemar makanan masam boleh mengurangkan sedikit rasa masamnya dengan mencampurkan kunyit dan cili.

No comments:

Post a Comment