Thursday, April 9, 2015

Mendapatkan Barakah

Sesuatu yang mempunyai barakah mempunyai nilai tambah serta manfaat yang berkembang yang didatangkan daripada Allah S.W.T.. Barakah dalam rezeki yang dikurniai Allah S.W.T. sama ada pada harta atau lain-lain boleh meningkat dan berkurangan, bergantung kepada amalan baik mahupun buruk yang dilakukan seseorang.
CARA MENDAPATKAN BARAKAH --- ♡ Carilah rezeki halal---♡Bekerja dengan cemerlang, jujur dan ikhlas---♡Lakukan kebaikan dengan niat Lillahi Ta’ala---♡Elakkan amalan riba---♡Bersyukur supaya Allah tambah nikmat---♡Bersedekah dan keluarkan zakat ---♡Selalu ingat Allah S.W.T. dan tingkatkan ketaqwaan kepada-Nya ---♡Yakin rezeki datang dari Allah S.W.T.--- ♡Jangan tinggal solat 5 waktu, dan tambahi juga solat sunat ---♡Serikan rumah dengan bacaan al-Quran---♡Bersikap pemurah dan selalu beri hadiah kepada orang lain ---♡Taat dan hormati ibu bapa ----♡Jalinkan silaturrahim yang baik di kalangan ahli keluarga dan saudara-mara ---♡Jangan berbohong atau membuat sumpah palsu---♡Mulakan kerja awal pagi, sebaiknya selepas subuh. ---♡Makan secara berjemaah ---♡Selalu mohon keampunan Allah SWT dengan mengucapkan Astaghfirullah. ---♡Mengamal sifat-sifat mahmudah (yang baik ) ---♡Hidup secara sederhana, tidak membazir, bermewah-mewah atau tertarik dengan keduniaan---♡Selalu berdoa kepada Allah S.W.T. agar dikurniakan kekayaan untuk dipegang sekadar di tangan, tidak di hati.

No comments:

Post a Comment