Tuesday, April 7, 2015

Tip Kawal Perasaan Marah

MARAH adalah penyakit HATI. Sekiranya dibiarkan, ia akan membesar dan merosakkan peribadi. Perasaan marah mesti dikawal. Kita mesti mendidik diri bila perasaan MARAH mula menampakkan percikannya. Kalau rasa hendak menjerit, perlahankan suara. Kalau hendak angkat tangan, letakkan tangan di sisi. Kalau hendak jegilkan mata, lembutkan mata supaya orang nampak kita masih bergaya.Kalau terasa hendak maki, tahan diri dan keluarkan perkataan berharga. Kalau tidak mampu juga, maka ikutlah langkah yang Islam ajar iaitu ---♡ Ubah posisi. ♡ Ambil wuduk.♡ Istighfar. ♡ fikir secara rasional. ♡ Berdiam diri dan malu kepada Allah.
Kata seorang imam masjid di kota London, marah itu ibarat memasak air. Air mula panas sedikit demi sedikit hingga akhirnya menggelegak. Setelah menggelegak ia akan sejuk sedikit demi sedikit. Untuk menggelegak mungkin ambil masa 10 minit.Untuk sejuk semula mungkin ambil masa 2 jam!

No comments:

Post a Comment