Tuesday, April 7, 2015

Khasiat Belimbing Besi

Buah belimbing besi dimakan segar.Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial,jem, gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus, halwa dan sebagainya. Buah belimbing besi muda digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit contoh membersihkan usus. Ia kaya Vitamin C, zat besi dan kalsium.Belimbing adalah antioksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. Belimbing Besi sesuai untuk pesakit darah tinggi, seperti yang diterbitkan oleh Mingguan Wanita isu April 2004. Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus. Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolesterol. Dalam hal ini pektin mengikat kolesterol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya. Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penghidap penyakit tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap dua hari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali. Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat, jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan.Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema. [Petua dari Bernama Radio 24]

1 comment: