Wednesday, June 8, 2016

Menu Santapan Rohani Bulan Ramadan


MENU SANTAPAN ROHANI SEPANJANG BULAN RAMADHAN YANG MULIA:

1. *Tilawah Al Qurān* sejuzuk sehari paling kurang.
2. *Solat Tarawih* minimum 8 rakaat setiap malam. jika berkemampuan cuba solat tarawih 20 rakaat.
3. *Solat Witir* setiap malam.
4. *Beri makan orang berbuka puasa* walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
5. *Solat fardhu 5 waktu berjemaah* setiap hari.
6. *Tahajjud* setiap malam minimum 2 rakaat.
7. Solat *Sunat Dhuha* setiap pagi.
8. *Sedekah* setiap hari minimum seringgit.
9. *Bersahur* setiap hari.
10. *Iktikaf di Masjid* setiap hari walau sekadar 30 minit.
11. *Tadarus Al Qurān* sambil usaha memahami maksudnya.
12. *Kurangkan ziarah ke bazar Ramadan*.
13. Pilih *makanan Sunnah* sebagai menu harian.
14. *Elakkan membeli makanan dari tangan orang yg fasik*(penjual dan tukang masak tidak tutup aurat)
15. *Jauhkan aktiviti yang lagha.*
16. *Zikir harian (zikir al-Matsurat zikir pagi dan petang)*, banyakkan *berdoa*.
17. Lazimi bibir *berIstighfar* sekurang2nya 100x dalam sehari.
18. Ajari diri dengan *sifat rendah hati* kerana *ALLAH
19. Mudah *memohon maaf* dan *memberi maaf.*
20. Menjaga dan menghubung *Silaturrahim*
21. Menjaga dan *menutup aurat* dengan sempurna
22. *Menjaga _lisan, pandangan, pendengaran dan hati_* dari perkara yang dilarang.
23. Tidak *Membazir* dengan juadah berbuka.
24. Perbanyakkan *amalan sunat* - solat sunat rawatib.
25. Lazimi *Sunnah* Rasulullah s.a.w. yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami dan anak-anak lelaki)
26. Lazimi *kawal dan tahan marah*, didik diri untuk lebih bersabar.
27. Lazimi lidah dengan memperbanyakkan *Syukur* kepada ALLAH S.W.T. kala senang mahupun susah.
28. Menjaga *Ikhtilat* - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar Zakat Fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
30. *Ziarah* orang yang kurang bernasib baik.

Ikhlaskan hati kerana ALLAH S.W.T. Hadirkan ALLAH S.W.T. di dalam hati, berusaha menjalani Ramadan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita.

No comments:

Post a Comment