Tuesday, June 14, 2016

Keajaiban Sedekah Subuh


CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.

1. Sediakan sebuah bekas lutsinar (pandang tembus) seperti bekas kuih raya dan labelkan di sebelah luarnya TABUNG SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
2. Letakkan tabung itu di hadapan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tidak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tidak kira berapa RM/sen ikut ikhlas. Waktu hendak memasukkan sedekah itu, anda NIATKAN apa hajat di hati anda dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan di"amin"kan oleh para malaikat)
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau sudah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau hendak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqamah dalam rutin hidup anda.
7. Secara sedar muhasabahlah pada diri/memikirkan apa nikmat yang anda terima hari ini, (seperti ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan ketika bertugas, berniaga/kesihatan diri dan keluarga). Maksud rezeki dan nikmat Allah itu amat luas.
8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan kumpulkan beramai-ramai atau sedekahkan kepada anak yatim dengan membelikan sarapan, (itu salah satu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Dan Mulakan kembali sebagai hari pertama pada keesokannya.


9. Sekiranya anda keluar outstation, balik kampung atau anda berada di luar dari rumah, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda. Setelah pulang ke rumah pindahkannya ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH.

APA HENDAK DIBUAT DENGAN DUIT ITU?

Kita INFAQ kepada golongan yang memerlukan seperti masjid, sekolah, fakir miskin, rumah orang tua,anak yatim, beli tanah wakaf dan lain-lain. Kita infaq dalam bentuk barangan dan juga duit kepada sekurangnya 15 tempat setiap 40 hari.

APA TUGAS ANDA SEKARANG?

1. Laksanakan SEDEKAH SUBUH hari ini.
2. Viralkan projek saham akhirat ini dengan niat untuk Saling membantu dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Cuba amalkan PROJEK SEDEKAH SUBUH ini bermula dari keluarga, kampung hingga ke peringkat daerah dan kalau boleh terapkan bersama jemaah yang anda dirikan. Ini akan menjadi dakwah kepada kita semua.

Selamat beramal dan semoga kumpulan SEDEKAH SUBUH akan berkembang dengan berkat kerjasama serta sumbangan ikhlas anda semua.. Jazakallah. Ambil peluang ini, masukkanlah nama anda sebagai bakal JUTAWAN AKHIRAT.

Anda boleh sumbangkan kepada pertubuhan Yayasan Nurul Ihsan. Kepada yang berminat untuk berbuat demikian bolehlah menyampaikan wang pos/kiriman wang pos/cek atas nama PEMBANGUNAN NURUL IHSAN di alamat:

BENDAHARI YAYASAN NURUL IHSAN,
(ASRAMA KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM)
Kg. Talang Tengah,
31120 Sungei Siput (U),
Perak Darul Ridzuan.

(TEL: 05-5984708 / 019-5774553)

atau dikreditkan terus ke akaun CIMB BANK bernombor: 7030173430.(PEMBANGUNAN NURUL IHSAN)

KESANNYA:

Asbab infaq berjemaah ini, kita akan sentiasa didoakan oleh mereka di tempat tempat tersebut setiap masa dan ia akan berterusan selamanya. Pahala amalan kita ini, akan menjadi Umpama air yang mengalir setiap masa. Semoga ia menyejukkan kita di alam kubur dan hari pembalasan. Jazakallah


Like

No comments:

Post a Comment