Wednesday, June 1, 2016

Jangan Membazir

Ini perkongsian dari FB Saiful Nang. Orang Malaysia mewah makanan dan banyak pembaziran. Sedih bila melihat pinggan bertimbun makanan yang tidak dihabiskan sedangkan rakyat Syria terpaksa merebus rumput dan makan kotak!


Nabi Muhammad menyayangi anak yatim seperti baginda mengasihi anak-anaknya dan isterinya.

Kita sayang isteri dan anak kita berikan yang terbaik untuk mereka. Jika kita hanya mampu pakaian terpakai, maka itulah yang terbaik yang boleh diberi. Jika mampu kain mahal, yang mahal itu diberi kepada anak dan isteri. Pokoknya MESTI yang terbaik.

Anak-anak yatim ialah VVIP Allah. Selalu juga kita panggil mereka "anak syurga".

Bila kita sambut VVIP datang kenduri, VVIP dapat tak hadiah dari kita barang-barang terpakai dan nasi-nasi lebihan yang orang tidak makan walaupun masih elok tapi berstatus "lebihan"?

Buka-buka almari dah penuh pakaian. Nak beli baru dah tiada tempat nak letak. Ok, bagi pada anak yatim lah.

Buat kenduri kendara dan restoran, makanan berlebih. Bagilah pada anak-anak tahfiz dan rumah anak yatim.

Betul ke kita sayang anak yatim? Betul ke kita membela santri tahfiz? Betul ke kita nak buat ikut sunnah nabi? Betul kita jangan sampai membazir, tapi seperti Ustaz Ibnu Batoota katakan sebelum ini, mengapa makanan lebihan sahaja mesti beri pada tahfiz dan rumah anak yatim? Kenapa tak diberi kepada budak universiti?

Cuba bagi anak-anak manja kita baju terpakai dari jiran sebelah rumah, dan anak tahu itu pakaian orang sebelah yang dah tidak mahu dipakai lagi. Agak-agak anak awak akan happy tak? Kecuali lah pakaian terpakai itu lebih baik keadaannya dari pakaian-pakaian yang biasa mereka ada (jika mereka orang miskin).

Kalau tak happy, kenapa kita expect anak yatim dan tahfiz ni akan happy dengan pakaian terpakai dan makanan lebihan yang pernah kami dapat dah basi dan lebih layak untuk ayam sahaja dan ayam-ayam goreng yang sebahagian dah bercubit.

Antara korban Habil & Qabil kenapa Allah hanya ambil yang baik-baik sahaja? Adakah rasanya yang lebihan dan terpakai itu layak untuk mereka yang tersayang sedang kita mampu?

Maaf ini bukan nak kondem orang yang bagi barangan terpakai tetapi kepada mereka yang pernah menulis perkataan seperti "dari terbuang baik bagi anak yatim" dan juga jenis yang bagi barang macam ini. Tak boleh imagine kan macam mana? Tunggu anak kamu jadi yatim dahulu nanti anak kamu akan jumpa kamu di akhirat dan cerita apa yang dia rasa. Nak macam tu?

Ini Pandangan Peribadi Sahaja untuk menyeru manusia untuk lebih sensitif.

Ada sebab kenapa Jawa tapaukan "berkat" (bungkusan makanan) kepada tetamu bawa pulang kerana tidak mahu sampai membazir dan tidak mahu menghina penerima lebihan. Hasilnya...makanan mesti tak berlebih.

No comments:

Post a Comment