Saturday, June 11, 2016

Kisah Padang Mahsyar


Para sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya, "Di manakah Mahsyar?"

Jawab Rasulullah s.a.w., "Mahsyar ini letaknya di bumi ini sendiri di mana ia dihamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian." Ini terjadi bila malaikat Israfil tiup sangkakala pada pertama kali. Kali kedua malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, "Di mana kita?"

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke Mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Adam a.s. sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke Mahsyar. ditambah dengan binatang lagi, jadi tidak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari itu.Ada yang ke Mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat Munkar dan Nakir.

Saidatina Aisyah r.a. pernah bertanya Rasulullah s.a.w., "Tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita?"

Lalu dijawab Nabi s.a.w. dengan memetik ayat Al Quran, "Pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri." (Surah A'basa ayat 37(80:37).

Bila sampai di Mahsyar, perbicaraan belum berlangsung lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam a.s. meminta syafaat supaya Allah S.W.T. percepatkan hisab. Jawab Nabi Adam a.s., dia tak boleh bagi syafaat kerana pernah melakukan dosa.
Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul ulul azmi, bermula Nabi Nuh a.s, Musa a.s, Isa a.s, dan Ibrahim a.s tetapi nabi-nabi ini hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad s.a.w., lalu baginda berdoa dan Allah S.W.T. berkenan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pada Allah S.W.T. awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tidak tahan lama berdiri di Mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki sahaja kerana padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan akan turun dari Arash. Masa itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tidak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah S.W.T. panggil seorang demi seorang untuk dihisab. Sebelum Allah S.W.T. mula hisab, Allah S.W.T. suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tiada satu pun yang tertinggal.

Lepas selesai baca Allah S.W.T.akan tanya 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid?
2) Tidak ingat
3) Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan?

Setelah ditimbang di Al Mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita. Seolah-olah sebentar lagi kita akan ke syurga, tetapi semakan terakhir Allah S.W.T. lakukan.

Allah S.W.T. bertanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita diminta tampil ke depan untuk menuntut hak mereka.Antara yang mula bangun adalah anak isteri keluarga, jiran, kawan dll. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa diberi kepada mereka. Jika pahala sudah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).

Kaum perempuan, jagalah diri sebab apa yang perempuan buat tidak menjejaskan diri sendiri sahaja malah abang, adik lelaki dan suami. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama. Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.

Hidup di dunia janganlah kejar populariti, takut tidak tertanggung kesannya di akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam.

[Ustaz Hasnan Fan Club]

No comments:

Post a Comment