Saturday, June 11, 2016

Jangan Remehkan Maksiat


Maksiat yang diremehkan akan membawa kesan dosa. Di antaranya ialah:

1) Kemurkaan Allah
Dalam hadis Qudsi, Allah S.W.T. berfirman, “Aku Allah, tidak ada Tuhan selain-Ku. Bila ditaati Aku redha dan bila didurhakai. Aku murka. Jika sudah murka, Aku mengutuk dan kutukan-Ku bboleh sampai tujuh keturunan.”

2) Kebencian orang-orang yang beriman
Imam As Syafie berkata, “Berhati-hatilah jangan sampai di antara kalian ada yang dikutuk orang-orang yang beriman, tetapi dia sendiri tidak sedar.“ Lalu orang bertanya kepadanya, “Bagaimana itu boleh berlaku? ” Beliau menjawab, “Dia melakukan maksiat kepada Allah, lalu Allah membuat hati orang-orang beriman benci kepadanya ”
Allahu Allah ..

3) Rezeki terhalang
Rezeki turun dari langit, namun ia boleh terputus oleh maksiat. Tidaklah rezeki berkurang kecuali kerana maksiat.

4) Ilmu terhalang
Imam Malik berkata kepada Imam Al- Syafie, ” Kulihat Allah telah membuat wajahmu bercahaya dengan ilmu. Kerana itu, jangan padamkan cahaya itu dengan maksiat!”
Ilmu adalah cahaya dan cahaya tidak akan hinggap di hati orang yang melakukan maksiat!

5) Bencana besar
Saidina Ali r.a berkata “Bencana tidak turun kecuali kerana maksiat dan tidak lenyap kecuali dengan taubat!”

6) Terasing dari Allah.
Seseorang akan merasa jauh dari Allah, dan tidak tahu cara hendak mendekatkan hati kepada-Nya.

7) Terasing dari manusia
Seorang ulama mengungkapkan, “Aku melihat kesan maksiatku dalam perilaku isteriku, anak-anak dan tungganganku. Tungganganku tidak mahu berjalan. Anak-anakku memperlakukan aku dengan buruk, dan isteriku tidak lagi taat kepadaku. ” Mengapa semua ini berlaku? Tidak lain kerana maksiat.

8) Kelamnya wajah dan hati
Ibn Abbas r.a menuturkan, “Maksiat mendatangkan kekelaman pada wajah, kegelapan pada hati, kebencian di hati manusia, kelemahan pada jasad, dan kekurangan dalam rezeki. Sedangkan ketaatan mendatangkan keceriaan pada wajah, cahaya pada hati, kecintaaan di hati manusia, kekuatan pada jasad dan kelapangan dalam rezeki.”

9) Terhalang dari ketaatan
Fudhail B Iyadh mengatakan, “Jika engkau tidak mampu bangun malam dan berpuasa di siang hari, ketahuilah bahawa dirimu sedang dipenuhi maksiat.

10) Maksiat berangkai
Saat maksiat dilakukan, ia seakan-akan berangkai. Selepas satu, satu dan kemudiannya menjadi berkembang dan membesar. Contoh, kita menonton cerita-cerita yang kurang baik di televisyen seperti drama romantis di mana pasangan pelakonn bermesra-mesraan. Lalu kita juga teringin punya pasangan. Dan kita berhasil memperolehnya. Kemudiannya kita bercouple, berpegangan tangan dan kemudiannya…...fikirlah sendiri!

11) Lemahnya akal
Seorang ulama berkata, “Barang siapa bermaksiat kepada Allah, sebahagian akalnya lenyap dan tanpa pernah kembali kepadanya hingga Hari Kiamat.”

12) Pengkhianatan lisan di saat diri betul-betul memerlukan.
Di mana? Ketika berhadapan dengan kematian, lidah kelu untuk menyebut nama Allah. Lidah bagai ditindih gunung. Cubalah bayangkannya !!!

No comments:

Post a Comment