Wednesday, October 7, 2015

Yusuf Estes - Dari Kristian Ke Islam

YUSUF Estes lahir pada 1944 di Ohio Amerika Syarikat dalam sebuah keluarga Kristian yang taat. Keluarganya aktif di bidang sosial dan keagamaan, seperti membangunkan gereja dan sekolah. Dia dibaptis pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas. Kerana ingin tahu mengenai terkaitnya ajaran Kristian, dia sering mengunjungi gereja-gereja lain sepeti Metodis, Episkopal, Nazareth, Agape, Presbyterian dan yang lain. Selain itu Estes juga mempelajari agama Hindu, Yahudi dan Buddha.
Pada 1991 dia terlibat dalam perniagaan dengan seorang pengusaha Muslim bernama Muhammad Abdul Rahim. Awalnya dia berniat hendak mengKristian Muhammad, namun akhirnya dia memeluk Islam diikuti oleh isteri, anak-anak, ayah serta mertuanya.“Mulanya saya tidak menaruh perhatian sedikitpun pada Islam. Dahulu saya sangka Islam hanyalah teroris. Inilah yang banyak ditanyakan oleh rakan-rakan mengapa saya sekarang menjadi muallaf.” Kini, dia mengelilingi dunia dan telah banyak mengIslamkan orang dari kalangan birokrat, guru, hingga pelajar.
Yusuf menguasai bahasa Arab secara aktif dan ilmu al-Qur’an selepas belajar di Mesir, Morocco dan Turki. Sejak 2006, Yusuf Estes kerap tampil di PeaceTV, Huda TV, dan IslamChannel. Dia juga muncul dalam siri televisyen Islam untuk kanak-kanak bertajuk “Qasas Ul Anbiya” yang bercerita tentang kisah-kisah para Nabi. Yusuf aktif dalam berbagai aktiviti dakwah. Contoh, dia menjadi imam tetap di markas tentera Amerika Syarikat di Texas, dan di penjara sejak tahun 1994, juga pernah menjadi perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa untuk kedamaian dunia.

No comments:

Post a Comment