Sunday, October 4, 2015

Menjelang Akhir Zaman ...

MENJELANG AKHIR ZAMAN, ibubapa hanya mementingkan makanan yang sedap dan pakaian yang cantik sahaja untuk anak-anak mereka. Mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak-anak. Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yang diberi tidak berpatutan. Mereka lupa sesungguhnya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkat dari rezeki yang haram.
Muda mudi menghabiskan waktu berjam-jam berpeleseran di Mall atau Pasaraya. Namun mereka merasa letih dan berat untuk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat. Mereka gembira mendengar muzik tetapi untuk mendengar firman-firman Allah, hati mereka menjadi sesak seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedangkan perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram. Kita berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yang enak-enak dan yang bagus-bagus. Kita sanggup bayar dengan berapa harga sekalipun. Sayangnya ketika menderma ke dalam tabung masjid, yang dipilih adalah wang paling kecil. Alarm diset sebelum tidur takut terlambat bangun untuk pergi kerja, tetapi lupa untuk setkan alarm ketika solat subuh.
Kita saling mencaci keburukan makhluk Allah, terlupa akan firman Allah: "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada malaikat pengawas yang selalu hadir." Kita mengeluh kerana banyaknya musibah dan bencana padahal Allah berfirman: " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kenderaan ini untuk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya." Anak-anak perempuan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kepada orang lain tanpa ada rasa bersalah dan ibu bapa tidak berani menghalang alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing-masing dan lain-lain.
Lidah yang diam bertempat, pemilik lidah tentu selamat. Pelaku dan penganjur kebaikan, Allah janji akan beruntung. Penghebah keburukan, dosa pasti ditanggung. Lisan yang yang tidak dijaga, penyesalan akan tiba.

No comments:

Post a Comment