Friday, October 9, 2015

Hidup Tanpa Gajet

Kanak-kanak di pedalaman Sabah, Pensiangan hidup gembira tanpa gajet, hanset, laptop, video game atau apa jua alatan canggih. Mereka tidak diganggu dengan game COC, counter strike mahupun Dota. Mereka tidak risau kalau tidak sempat update facebook atau twitter. Tidak kalut 'look around' marka kat wechat. Aplikasi Whatsapp? Lagilah mereka tak tahu. Istilah 'selfie' lalu upload ke FB tiada dalam kamus hidup mereka.Pensiangan, sebuah kawasan yang tiada liputan internet. Mereka seolah-olah terputus dengan dunia luar yang sentiasa sibuk mengejar masa menghambat dunia. Kanak-kanak di sini seronok bermain kejar-kejar, bermain sembunyi-sembunyi, petangnya sudah pasti mandi-manda ke sungai. Yang memakai baju warna pic dan baju ungu itu dipanggil Jamal dan Jamil nama islamnya. Seluruh keluarga mereka masuk Islam ketika misi dakwah pada Februari 2014. Jamal dan Jamil membantu ahli rombongan pendakwah mengumpul batu sungai untuk pembinaan masjid.Akhirnya Allah berikan mereka hidayah. Keluarga mereka mengucap syahadah selepas misi mengumpulkan batu-batu tersebut. [Kembara Zonkuliah]

No comments:

Post a Comment