Friday, October 9, 2015

Dijumpai Selepas 49 Hari

Alhamdulillah, selepas hilang selama 49 hari, akhirnya Pasukan Mencari dan Menyelamat menemui dua anak Orang Asli yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi yang selamat, selepas penemuan dua rangka pada semalam dan kelmarin. Mangsa, Mirsudiar Aluj, 11 dan Noreen Yacob, 10, ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan tentera yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. Mereka ditemui sekitar jam 11 pagi Jumaat. Miksudiar dan Norieen ditemui dalam keadaan lemah kerana dehidrasi. Kedua-dua mangsa hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan. Mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.Dua orang lagi masih dijejaki.
Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dimarahi oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran. Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10; dan Miksudiar Aluj, 11 - kesemuanya berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

No comments:

Post a Comment