Thursday, October 15, 2015

Cinta Hamba Menyusuli Cinta Pencipta

Bila ALLAH dicintai, cinta manusia akan menyusuli. Kerana cinta, kita bersedia mengikut segala kata-katanya supaya kita tidak ditinggalkan. Begitu juga ALLAH. Bila dia kita cintai, kita akan berusaha melaksanakan segala suruhan-Nya, segala apa yang Dia suka, dan meninggalkan segala larangan-Nya, segala apa yang Dia tidak suka. Kita akan dapati, setelah cinta kepada Allah, cinta manusia itu akan datang sendiri. Andai hingga kini masih tiada berteman. ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik. Dia sedang menyimpan hamba-Nya yang terbaik buat kamu.Bila tiba masa nanti kamu akan dipertemukan dengan dia dalam satu hubungan yang halal.
Jika cintakan diri, banyakkan istighfar, cintakan Nabi, banyakkan selawat, cintakan Allah, banyakkan ibadah. Sentiasalah hati dan lidah mengingatinya.

No comments:

Post a Comment