Tuesday, October 13, 2015

Santun Anak Pada Si Ayah

Seorang lelaki muda membawa ayahnya makan malam di buah restoran. Disebabkan usia ayahnya agak lanjut dan berkeadaan agak lemah, makanan yang masuk ke mulut sama banyak dengan makanan yang jatuh bertaburan di baju dan seluarnya. Pelanggan lain berbisik sesama sendiri dan memandang dengan perasaan meluat. Namun lelaki muda itu tenang sahaja. Tidak ada tanda menunjukkan dia berasa malu dengan keadaan ayahnya. Selesai makan, senyap-senyap dia membawa ayahnya ke bilik air, mengelap semua remah makanan dan membersihkan tanda-tanda kotoran yang terlekat pada pakaian. Bila dua beranak itu keluar, suasana di restoran itu senyap sunyi, mungkin para pelanggan malu dengan tindakan mereka sendiri. Si anak membayar bil makanan dan mula melangkah keluar dengan ayahnya. Tiba-tiba seorang pelanggan tua bersuara, "Awak tertinggal sesuatu kat sini". Lelaki muda menyahut, "Rasanya tak ada." Pelanggan tua itu menjawab, "Ya, ada. Awak tinggalkan pengajaran kepada semua anak muda yang ada di sini dan harapan untuk semua ayah yang dah tua macam kami!!!" Para pelanggan lain masih terus membisu. [Cerita Asal: Saradha Jitendran].
Jawapan kepada mereka yang mengeluh anak-anak yang nakal ---Lihat diri dan hubungan dengan Allah, dan juga dengan hubungan suami isteri. Beri kasih sayang dan jangan marah anak-anak kecil kerana mereka ahli syurga dan Nabi Muhammad ﷺ amat menyayangi kanak-kanak. Kurangkan kedegilan kita kepada Allah, in sya Allah anak-anak kurang degilnya. Jaga Allah dan Allah akan jaga kita.

No comments:

Post a Comment