Thursday, September 11, 2014

Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Sayidina Ali k.w.h.

Wahai Ali, bagi orang yang ALIM itu ada 3 tanda: 1) Jujur dalam berkata-kata, 2) Menjauhi segala yang haram, 3) Merendah diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda: 1) Merahsiakan ibadahnya, 2) Merahsiakan sedekahnya, 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAQWA itu ada 3 tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji, 2) Menjauhi kejahatan, 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya: 1)Mengawasi dirinya, 2) Menghisab dirinya, 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment