Thursday, September 11, 2014

Muzium Mainan Pulau Pinang

Muzium Mainan ini di­asaskan oleh seorang jurutera,Loh Lean Cheong yang pernah berkunjung ke London Toy & Model Museum.Dia pulang dan merealisasikan idea itu di Pulau Pinang menerusi koleksi pertamanya iaitu patung Popeye yang dibeli pada 1973. Ditubuh­kan pada 2005, Muzium Mainan Pulau Pinang tersenarai antara destinasi yang wajib dilawati. Sebut saja nama watak kartun, animasi dan koleksi permainan terkenal dunia, Doeramon, Gundam, Barbies dan Garfields pasti ada di sini. LARA Croft, watak utama dalam Lara Croft: Tomb Raider dipertontonkan seiring dengan Batman dan adiwira lain.Menariknya, deretan patung watak adiwira terkenal seperti Batman, Superman, Captain Amerika dan Iron Man dipamerkan mengikut saiz sebenar. Kebanyakan koleksi ini dibeli terus dari pengeluar di Hollywood. Muzium ini bukan saja menjadi tumpuan kanak-kanak, malah golongan dewasa terutama peminat dan pengumpul pelbagai koleksi permainan dan adiwira.Ada sesetengah permainan yang tidak lagi dikeluarkan di pasaran, terutama yang berusia lebih 30 tahun, terdapat di muzium ini.Justeru, orang ramai pastinya dapat mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak kerana sebahagiannya membesar bersama watak terbabit. Muzium permainan pertama seumpamanya di Asia ini diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium permainan terbesar dalam negara.Untuk ke sini, pengunjung boleh menaiki feri ke Teluk Bahang atau menaiki kereta ke laluan Batu Ferringhi sehingga ke persimpangan Teluk Bahang. Muzium ini terletak berhampiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Eok Hua.

No comments:

Post a Comment