Wednesday, September 24, 2014

Cuci Sofa Ikut Material

Sofa antara perabot di ruang tamu yang sering terdedah kepada kotoran kerana kerap digunakan.Kenal pasti jenis fabrik sofa yang hendak dicuci termasuk material dan jenis kotoran. Ikuti panduan yang disertakan pada sofa. Boleh periksa pada sofa kerana terdapat label dilekatkan pengusaha yang secara tidak langsung memberi panduan untuk mencuci sofa itu. Apabila sudah dikenal pasti anda boleh mencucinya sendiri atau sebaliknya.Jika mencuci sendiri, basahkan bahagian itu dengan cecair pembersih dan biarkan selama 10 hing­ga 15 minit sebelum lap dengan tuala bersih. Kalau ada warna yang luntur, sebaiknya jangan guna cecair pencuci itu. Jika tidak melunturkan, maka boleh teruskan cucian.Sebelum membersih dengan cecair pencuci, pastikan buang kotoran yang ada pada sofa seperti menggunakan penyedut hampagas.Kain yang diperbuat daripada mikro ‘fiber’ memang sesuai untuk membersihkan fabrik atau perabot.Selepas cucian, gunakan penyembur fabrik untuk mengasingkan kotoran. [Harian Metro]

No comments:

Post a Comment