Wednesday, September 10, 2014

Khaled Meshal

Mungkin ramai yang mengenali Abu Ubaidah, pejuang Al-Qassam yang sering muncul menggegarkan dunia dengan ucapannya. Itu adalah pejuang ummat Islam Palestin yang memperjuangkan Islam melalui sayap ketenteraan HAMAS.
Selain sayap ketenteraan, unit yang tidak kurang pentingnya dalam HAMAS ialah biro politiknya yang diketuai oleh Khaled Meshal. Beliau mengorbankan seluruh hidupnya untuk perjuangan Palestin dari luar dan menghabiskan masanya memikirkan langkah terbaik dalam memastikan Israel hilang di peta dunia.Beliau sudah beberapa kali cuba dibunuh oleh Mossad, Agensi Perisikan Israel walaupun beliau bukan berada di Palestin.Perisik Mossad yang menyamar sebagai pelancong di Jordan meletakkan racun di hujung payung dan disuntik pada Khaled Mashal. Tetapi kerana kelakuan mereka yang mencurigakan, pengawal Khaled Marshal mengekori mereka dan akhirnya mereka ditangkap. Untuk membebaskan perisik Mossad itu, kerajaan Zionis terpaksa memberikan penawar kepada Khaled Marshal..

No comments:

Post a Comment