Friday, September 5, 2014

Hikmah Susu Dan Tuba

Bila susu dibalas dengan susu, bersyukurlah kerana Allah meminjamkan nikmat KESENANGAN dan KEBAHAGIAAN. Bila susu dibalas dengan tuba, bersyukurlah kerana Allah meminjamkan nikmat UJIAN yang bakal menghasilkan KEKUATAN dan KEBIJAKSANAAN. Bila melihat ego hamba Allah melayang tinggi, bersyukurlah kerana Allah meminjamkan nikmat BELAS KASIHAN. Doakan kebaikan buat dia kerana sunnatullah telah menetapkan setiap yang di atas akan merasai ciuman tanah. Begitulah roda kehidupan...ada nikmat yang membahagiakan ... ada nikmat yang mengajarkan. Lantunan lisan dan tulisan yang POSITIF pasti diberi-Nya KEBAIKAN dalam bentuk-bentuk yang Dia tentukan, walau apa jua keadaan.

No comments:

Post a Comment