Wednesday, September 24, 2014

Mencantikkan Dinding Kosong

Menggantung sekeping lukisan antara dekorasi paling mudah dilakukan.Boleh juga cuba menggantung beberapa keping bersama-sama kerana ia akan mencipta satu tema pada ruang.Bagaimanapun gambar mestilah di bawah kategori yang sama. Umpamanya gambar pemandangan yang indah, bunga atau seni abstrak.Elakkan menggantung salah satu daripada setiap lukisan itu bersebelahan antara satu sama lain bagi mengelakkan ruang tampil galeri seni. Cara alternatif ialah pelekat dinding yang menjadi aliran hiasan terkini. Pelbagai corak, warna dan tekstur ditawarkan selari dengan gaya dekorasi yang diinginkan.Ia boleh dilekat pada permukaan rata kaca, dinding kayu dan jubin. Selain daripada itu, ia boleh ditanggalkan dan diguna semula. Sungguh menjimatkan. Harus diingat bahawa kertas dinding tidak seharusnya diletakkan pada keseluruhan ruang. Cukup sekadar mewujudkan satu titik tumpu. Selamat mencuba![Harian Metro]

No comments:

Post a Comment