Monday, September 29, 2014

Islamic State (IS) - Jihad atau Jahat

Minggu lalu diberitakan bahawa 3 orang rakyat tempatan telah ditahan di KLIA ketika cuba keluar negara bagi menyertai kumpulan IS di Syria. Nampaknya hasrat IS untuk mengkaderkan pengikut baru membuahkan hasil. Itulah tujuan utama mereka mewarwarkan “perjuangan” mereka di media sosial. IS memang bijak menjenamakan dirinya di dunia maya.Dengan panji-panji berwarna hitam bertulis “Lailahaillalah” dan cop mohor Rasulullah saw, serta uniform anggotanya yang juga berwarna hitam, mereka menggambarkan bahawa merekalah “penyelamat” umat Islam yang kini ditindas di seluruh dunia.Tidak hairanlah jika ada di kalangan rakyat Malaysia yang tertarik dengan perjuangan mereka dan ingin turut menentang musuh Islam, dan jika boleh ingin mencapai tahap syahid.
IS bermula sebagai pergerakan Al Qaeda Iraq atau AQI sekitar 2003 selepas Iraq ditawan oleh tentera US. AQI melalui pelbagai penjenamaan seperti ISI (Islamic State of Iraq), ISIL (Islamic State of Iraq and Levant), ISIS (Islamic State of Iraq and Syria). Kini IS (Islamic State) dipimpin oleh Abu Bakr al Baghdadi atau gelarannya Khalifah Ibrahim. Pada akhir 2013, Abu Bakar al Baghdadi masuk ke Syria. Ketika itu nama ISIS (Islamic State of Iraq and Syria)yang digunakan. Selepas ISIS berjaya menawan beberapa bandar utama di Iraq pada Jun 2014 lalu, nama pertubuhan itu ditukar kepada IS (Islamic State).
Mereka bermula sebagai kuasa yang menentang kekejaman tentera US di Iraq. Nama kumpulan militan seramai 10,000 orang ini naik mendadak selepas berjaya memaksa 40,000 tentera kerajaan Iraq berundur dari bandar-bandar besar seperti Mosul dan Tikrit pada hujung Jun lalu.Semua aset ketenteraan yang ditinggalkan oleh tentera kerajaan Iraq jatuh ke tangan mereka. Bila Abu Bakr al Baghdadi membawa kumpulan militannya masuk ke Syria, bermulalah pergolakan di antara mereka dengan pejuang Mujahidin Syria yang sedang menentang tentera kerajaan Syria pimpinan Presiden Basyar Al Asaad. IS mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka. Ini sangat tidak disenangi oleh pemimpin al Qaeda sendiri. Tindakan IS itu langsung tidak menuruti nilai-nilai Islam. Mereka membunuh orang awam dan mengorbankan sehingga 300 ulama sunni, memancung pejuang Mujahidin Syria dan meletakkan kepala mereka di pancang-pancang kayu, malah anggota IS juga melakukan penculikan, termasuk melarikan seorang sukarelawan misi bantuan Malaysia. Alhamdulillah, sukarelawan itu berjaya diselamatkan oleh pejuang Mujahidin Syria. Tindakan pelik ini menyebabkan sesetengah anggota IS keluar dan menyertai kumpulan pejuang lain.
Beberapa bulan lalu berita ini telah diterbitkan: “Iranian Intelligence sources have confirmed the identity of the ISIS khalifah AKA Abu Bakr Al Baghdadi aka Shimon Eilot Real Name: Shimon Eilot. Designation: Senior Mosad Agent. Operational name: Ibrahim bin Awwad bin Ibrahim Al Badri Al Radawi Al Hussaini. The Mission: penetrate the military, Intelligence and security infrastructure of the countries that form a security threat to Israel and destroy them in preparation for a full invasion and setting the groundwork for Greater Israel. The former employee at US National Security Agency (NSA), Edward Snowden, has revealed that the British and American intelligence and the Mossad worked together to create the Islamic State of Iraq and Syria (ISIS). Snowden said intelligence services of three countries created a terrorist organisation that is able to attract all extremists of the world to one place, using a strategy called “the hornet’s nest”. NSA documents refer to recent implementation of the hornet’s nest to protect the Zionist entity by creating religious and Islamic slogans. According to documents released by Snowden, “The only solution for the protection of the Jewish state “is to create an enemy near its borders”. Leaks revealed that ISIS leader and cleric Abu Bakr Al Baghdadi took intensive military training for a whole year in the hands of Mossad, besides courses in theology and the art of speech. “
Jika berita ini benar, maka tidak hairanlah sekiranya IS bersikap seperti itu. Mana mungkin pemimpin pertubuhan pemuja Lucifer yang menganggap kaumnya mempunyai HAK MUTLAK ke atas dunia akan berbelas kasihan dengan pihak lain yang bukan dari kalangannya.

No comments:

Post a Comment