Wednesday, September 24, 2014

Hasil Dari Pokok Bertam

Pokok bertam (Eugeissona tritis) tergolong dalam keluarga palma yang tumbuh di hutan pedalaman Semenanjung Malaysia.Batangnya dibelah, diraut dan dianyam menjadi kelarai. Anyaman kelarai batang bertam amat sesuai dijadikan kelengkapan rumah seperti nyiru, bakul dan hiasan dinding. sementara daunnya yang panjang dijadikan atap.Seni membuat kelarai daripada pokok bertam ini mempunyai reka corak yang menarik,kukuh dan kuat. Sebab itu banyak digunakan dalam seni bina tradisional.Anyaman kelarai bertam masih diusahakan kerana permintaan terhadap produk yang berasaskan alam ini semakin diminati.Pereka hiasan dalaman menjadikan kelarai bertam antara item hiasan eksklusif sesuai termasuk hiasan dinding, siling rumah dan bidai.Dari dulu hinggalah sekarang, motif kelarai diinspirasikan daripada tumbuhan dan hidupan liar. [Harian Metro]

No comments:

Post a Comment