Monday, September 22, 2014

Ceria Si Anak Yatim

Seringkali kita melihat masalah hanya melalui kacamata peribadi. Kita tidak pernah tahu kisah sebenar di sebalik sesuatu perkara. Pernah suatu masa seorang lelaki tua dan 4 orang anak yang masih kecil naik kereta api. Anak-anak itu ketawa sambil membuat bising hinggakan mengganggu penumpang yang lain. Lelaki tua itu diam sahaja tanpa menegur perbuatan budak-budak tersebut. Seorang wanita memberanikan diri dan menegur sikap lelaki itu. Lelaki itu menjawab, "Maaf, saya tak boleh marahkan mereka. Tiga hari lepas mereka kehilangan ibu bapa akibat kemalangan. Sejak hari nahas itu mereka tak berhenti menangis. Baru hari ini saya nampak mereka ceria. Saya tak sampai hati hendak menegur. Kalau puan mampu, silakanlah". Wanita tersebut kembali ke tempat duduknya dan diam membisu. Yang nyata air mata melilih di pipinya. Kini marahnya berubah menjadi sayang, bencinya jadi simpati. Dia senang melihat anak yatim piatu itu tertawa sepuas-puasnya. Oleh itu, yakinlah ketika kita bersedia membuka mata hati dan telinga, kita pasti sedar hidup ini lebih mudah untuk difahami. Kebencian menjadi kasih sayang, dendam menjadi persahabatan. [Cerita asal dari Family Guide]

No comments:

Post a Comment