Wednesday, September 24, 2014

Ruang Conteng Anak-Anak

Kreativiti yang ditonjolkan setiap kanak-kanak antara yang membantu perkembangan minda. Ia mengikut tahap umur dan kematangan ketika mereka membesar. Usah sekat kreativitinya kerana secara tidak langsung ia memperlihatkan keadaan normalnya yang mempunyai kecenderungan dan bakat semula jadi berbeza. Bagi kanak-kanak yang gemar menconteng dinding, sediakan satu ruang kreatif dalam bilik anak itu bagi membolehkan dia meluahkan ekspresi seni dengan cara tersendiri. Tidak kira sama ada di bilik tidur atau bilik khas tempat anak bersantai dan bermain.Sediakan satu bahagian panel dinding dan ia mesti terdiri daripada kemasan material yang mudah diselenggara, umpamanya menggunakan kemasan cat yang boleh dicuci, panel kaca ataupun papan putih yang besar. [Harian Metro]

No comments:

Post a Comment