Monday, September 1, 2014

Cara Syeikh Sya'rawi Berdakwah

SYEIKH SYA'RAWI BERKATA ----Aku bertanya kepada seorang pemuda yang berfikiran agak ekstrim, "Adakah kamu meletupkan kelab malam dalam sesebuah negara itu halal atau haram?" Jawapannya, "Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka." Ku tanya lagi, "Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka sedang melakukan maksiat kepada Allah, apa berlaku kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?" Lalu dijawabnya, "Sudah tentu masuk neraka. Syaitan membawa mereka ke neraka". Lalu kuterangkan kepadanya, "Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia ke dalam neraka. Ada satu hadis Rasulullah s.a.w. ketika mana mayat seorang Yahudi lalu di hadapan baginda, lalu baginda bangun dan menangis. Sahabat bertanya, 'Apa menyebabkan kau menangis, ya Rasulullah?' 'Baginda berkata, Satu jiwa telah terlepas dariku menuju ke neraka!' Nah, sekarang nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasululullah s.a.w. yang inginkan hidayah buat mereka dan menyelamatkan mereka dari neraka. Kamu di bahagian lain dan Nabi Muhammad s.a.w. di lembah yang lain!!!" SEMOGA ALLAH MERAHMATI SYEIKH SYA'RAWI

No comments:

Post a Comment