Thursday, September 25, 2014

Amalan 1 Hingga 10 Zulhijjah

Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah masa berkumpulnya induk-induk ibadah. Ibadah Haji merupakan rukun Islam yang kelima dilakukan dalam masa ini. Sebab inilah ia begitu istimewa.Ketika ini setiap amalan dilipatgandakan pahalanya, baik amalan siang hari mahupun amalan malam hari ---------- مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ أَنْ يُتَعَبَّدَ لَهُ فِيهَا مِنْ عَشْرِ ذِى الْحِجَّةِ يَعْدِلُ صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامُ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْهَا بِقِيَامِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ ----------Tidak ada hari-hari yang lebih disukai Allah untuk digunakan beribadah sebagaimana halnya hari-hari sepuluh Dzulhijjah. Berpuasa pada siang harinya sama dengan berpuasa selama satu tahun dan shalat pada malam harinya sama nilainya dengan mengerjakan shalat pada malam lailatul qadar. -----مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ أَنْ يُتَعَبَّدَ لَهُ فِيهَا مِنْ عَشْرِ ذِى الْحِجَّةِ يَعْدِلُ صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامُ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْهَا بِقِيَامِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ-----(HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi)
Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan dari 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, banyakkanlah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir.)-------
Hari Arafah yang jatuh pada 9 Dzulhijjah ialah hari itu jemaah haji diwajibkan melakukan wukuf yang merupakan puncak ibadah haji.Bagi umat Islam yang tidak sedang menjalankan ibadah haji disunnah melakukan puasa arafah yang keutamaannya dapat menghapus dosa selama dua tahun------سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ.------ Pada akhir tempoh iaitu 10 Dzulhijjah adalah Hari raya Idul Adha yang merupakan hari yang sangat istimewa bagi umat Islam.Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di musolla bagi hanya menyaksikan upacara solat Hari Raya Eidul Adha.Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata ---------- أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ. ----------Maksudnya: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.
Disyariatkan juga ibadah udhiyah, iaitu menyembelih korban sama ada unta, lembu atau kambing yang dimulakan pada 10 Dzulhijjah itu.Selain itu disyariatkan takbir muthlaq (setiap saat) dan muqayyad (setelah shalat fardhu). Kesempatan bertakbir ini jauh lebih panjang daripada Idul Fitri.Ibnu Taimiyah dalam majmu' Fatawa menjelaskan, "Hendaklah takbir dilakukan mulai dari waktu fajar hari Arafah sampai akhir hari Tasyriq ( 11,12,13 Dzulhijjah), dilakukan setiap selesai mengerjakan solat, dan disyariatkan bagi setiap orang untuk menguatkan suara dalam bertakbir ketika keluar untuk solat Id. Ini merupakan kesepakatan para imam yang empat". Insya allah.

No comments:

Post a Comment