Wednesday, September 24, 2014

Panduan Keselamatan Di Bilik Si Kecil

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak. Panduan berikut mungkin dapat membantu.Usah pasang tingkap kaca besar, atau pilih tingkap jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana jika pecah ia tidak berterabur.Pasang kunci keselamatan, jeriji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak anak membukanya.Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran tingkap bagi mengelak mereka memasukkan kepala di celah jeriji. Pasang langsir atau bidai yang sesuai di tingkap bilik supaya dapat menapis kemasukan cahaya matahari.Elakkan memasang langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelak kanak-kanak menariknya atau terjatuh akibat terpijak langsir.Pasang penyendal pintu automatik yang boleh menghalang pintu tertutup secara kuat. Ia dapat mengelakkan jari kanak-kanak cedera jika tersepit pada daun pintu.Tukar ambal yang koyak atau bergulung di hujung atau tepi. Lantai jubin atau marmar yang pecah hendaklah diganti segera bagi mengelak kanak-kanak tersungkur atau luka terpijak.Letak patung besar berasingan daripada bayi terutama waktu tidur kerana bimbang bayi boleh lemas apabila terhimpit patung itu.Perhiasan kecil, kaca dan tembikar yang mudah pecah tidak sesuai di bilik si kecil.Elak menempatkan terlalu banyak perabot dalam bilik dan pastikan ia tidak berhabuk kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil dan mudah terganggu.Jika menggantung gambar atau lukisan, pastikan ia tidak menakutkan anak anda hingga terbawa-bawa dalam tidur.[Harian Metro]

No comments:

Post a Comment