Thursday, September 11, 2014

Akhlak Yang Baik

Sesungguhnya orang yang Nabi saw kasih dan dekat dengannya di hari akhirat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Antara perkara yang memberatkan timbangan di Mizan ialah akhlak yang baik.Akhlak yang baik hadir dengan lontaran lisan dan pergaulan sesama insan yang baik. Ia terhasil dari proses penjernihan jiwa menerusi pembacaan, pemahaman dan pengamalan perintah dalam al Quran. Juga menerusi perkongsian pandangan mengenai hal-hal kehidupan dengan hamba-hamba Allah yang lain dengan cara penuh berhikmah.Integriti sangat bererti. Tanpanya hilang semua maruah diri.Jangan biarkan diri jadi muflis di akhirat nanti. Elakkan segala amalan kebaikan kita berpindah ke timbangan Mizan orang lain, semata-mata kerana tindakan kita ketika hidup di dunia.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Elakkan berprasangka kerana prasangka itu berita paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang, jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling dengki, saling marah dan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hamba-hamba Allah.[Shahih Muslim no. 2191]

No comments:

Post a Comment