Sunday, September 21, 2014

Iman dan Ukhuwah Tonggak Kekuatan Ummah

Beginilah teguhnya iman umat di Gaza. Walau diserang bertubi-tubi oleh tentera Zionis, tawakkal mereka kepada Allah tetap jitu. Mereka sedar bahawa manusia tidak mampu kuat dan berdiri seorang diri. Kekuatan manusia terletak pada perasaan "berTuhan", dinamakan IMAN.KeIMANan dicapai dengan mematuhi perintah-Nya secara istiqamah, dan perasaan persaudaraan (ukhuwah) sesama jemaah ummah.Bertukar pandangan, saling menasihati, tegur menegur secara berhikmah, mendorong dan menyokong dalam hal-hal kebaikan menjadikan Islam kuat dan umatnya menjadi peneraju terkemuka di dunia. Semuanya dilakukan ikhlas kerana Allah dan kerana inginkan redha-Nya. Atas asas inilah Gaza gagah mendepani Israel, walaupun negara jiran membisu. Begitulah, IMAN dan UKHUWAH menjadi tonggak kekuatan ummah. Islam akan kembali cemerlang seperti dahulu jika hakikat ini disedari dan diamalkan.Wallahualam.

No comments:

Post a Comment