serenemaklong.blogspot.com
LEBIH 10
tahun lalu pendapatan perniagaan Internet saya mencecah RM1,000,000. Untuk
memperolehi untung sebegitu bukan mudah, mengambil masa lebih 2 tahun juga.
Oleh kerana mengenangkan masa dan tenaga yang telah dilaburkan untuk mencapai
keuntungan sebegitu adalah tinggi, amat sukar untuk saya membelanjakan secara
boros. Saya hanya menggunakannya untuk membeli sebuah kereta tempatan
kecil dan sebuah pangsapuri kecil secara tunai.
Mengapa yang kecil sahaja dan tidak yang besar? Itulah silapnya ramai
usahawan kita. Bila mendapat durian runtuh, terus membeli kereta mewah dan
rumah yang indah. Pastinya, membeli secara berhutang dengan bayaran ansuran
bank bulanan yang tinggi. Bagi mereka, standard mesti kena jaga supaya orang
lihat kita nampak gah!
Tetapi,
berkali-kali saya terdengar kisah usahawan hutang keliling pinggang kerana ingin tampil
hebat. Apabila perniagaan gagal, kereta kena tarik, rumah kena lelong.
Kita mesti melindungi diri dan keluarga terlebih dahulu sekiranya rezeki
tidak berpihak pada diri kita. Ditakdirkan perniagaan gagal, sekurang-kurangnya
sudah ada kereta dan rumah- walaupun kecil!
Prinsip kewangan yang disebutkan adalah untuk melindungi diri kita
daripada apa jua kecemasan yang mungkin berlaku. Dalam hidup, malang tidak
berbau. Berbagai-bagai perkara boleh terjadi yang akan mengakibatkan masalah
kewangan. Tugas kita yang pertama sekali adalah melindungi diri kita.
Pastikan kita mempunyai simpanan kecemasan yang boleh digunakan
sekiranya sesuatu terjadi. Berapa banyak simpanan kecemasan yang diperlukan?
Jawapannya adalah, hitung perbelanjaan bulanan dan gandakan dengan 6. Angka tersebut adalah simpanan kecemasan
minimum yang perlu ada. Sekiranya perbelanjaan bulanan adalah RM1,300, maka
simpanan kecemasan perlu ada sekurang-kurangnya RM7,800.
Berapakah jumlah simpanan kecemasan anda kini? Sekiranya tidak mencapai
6 bulan perbelanjaan, anda dalam keadaan yang amat merbahaya!
(Tulisan oleh Irfan Khairi)
No comments:
Post a Comment