serenemaklong.blogspot.com
MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan'
mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat
menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.
Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah satu pendapatan.
Langkah permulaan bagaimana mereka boleh
mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet
adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu
setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti
tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan.
Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300
disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang
lain.
Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari
gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini?
Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan
kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan
RM30 dulu, bukan? Selepas kita selesa dengan menyimpan 1%, naikkan pula
simpanan kepada 2% (RM60), kemudian 3% (RM90), kemudian 4% (RM120) sehingga
kita rasa mudah dan selesa menyimpan 10% (RM300)!
Cara
seterusnya untuk bajet diri sendiri adalah bajet wang selebihnya untuk
perbelanjaan harian.
Bajet besar
yang tetap seperti ansuran kereta, rumah dan bil telefon bimbit adalah bajet
yang mudah dilakukan. Namun, yang susah dan sering "terlari bajet"
adalah pada perbelanjaan berubah seperti makan minum, membeli-belah, hiburan,
dan perbelanjaan kecil lain. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi juga bukit!
Sediakan
beberapa balang kosong untuk setiap perbelanjaan berubah dan labelkannya.
Contoh, satu balang dilabelkan "Makan Minum", balang kedua ditulis
"Pengangkutan", balang ketiga "Hiburan", balang keempat
"Pakaian/hadiah" dan balang kelima "lain-lain".
Berdasarkan
perbelanjaan kasar bulan-bulan yang lepas, masukkan sejumlah wang tunai ke
dalam setiap balang tersebut. Ini adalah bajet bulanan anda!
Biasakan diri
untuk membelanjakan hanya wang di dalam balang bajet sahaja dan tidak lagi
mengeluarkan wang dari simpanan. Sekiranya bajet dalam satu balang telah habis,
dan anda perlu menggunakan lagi wang untuk tujuan balang itu, apa yang anda
boleh lakukan adalah ambil dari balang yang lain - gunakan bajet lain.
Ingat, jangan
keluarkan wang dari simpanan. Wang yang disimpan itu pun pendapatan juga!
Sebenarnya kaedah
yang diutarakan oleh Irfan Khairi ini boleh juga diguna pakai untuk menjadi
Jutawan Akhirat. Setelah diketepikan jumlah untuk simpanan Jutawan Dunia,
ketepikan juga sejumlah kecil untuk disedekah kepada pihak yang memerlukan
seperti rumah kebajikan, pusat tahfiz, badan-badan amal, sama ada di dalam atau
di luar negara untuk membina Dana Akhirat. Biarpun jumlahnya kecil, yang
penting ialah istiqamah dan dan ikhlas dalam melakukannya.
"Tangan
kanan memberi, sorokkan tangan kiri!!!"
No comments:
Post a Comment