serenemaklong.blogspot.com
DALAM hati ada taman. Jangan biarkan
hati berkuman dengan kegiatan melalaikan. Gangnam Style atau fantasi cinta
Bollywood memang menghiburkan tetapi jika berlebihan boleh melalaikan.
Tukarkan kuman di hati dengan
ayat-ayat Al Quran, zikir, selawat dan berbagai amal kebaikan seperti:
“Meninggalkan ucapan yang
tidak perlu (maka dia akan diberi hikmah)”.
Usah bercakap ikut sedap
mulut, menyebut apa sahaja yang terlintas di hati. Pastikan apa yang dituturkan
itu mempunyai ilmu walaupun sedikit.
“Meninggalkan penglihatan
yang tidak perlu (maka dia akan dibersihkan hatinya)”.
Gunakan mata yang
dianugerahkan Allah untuk melihat
perkara yang baik-baik, bukan perkara maksiat.
“Meninggalkan makan yang
berlebihan (maka dia akan diberi nikmat beribadah)”.
Kadang-kadang orang murung
makan secara berlebihan kerana ingin meredakan perasaan hati. Ingatlah, kita
makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Makan berlebihan banyak membawa
mudarat.
Meninggalkan cinta pada dunia
(maka dia akan diberi cinta pada syurga)”.
Jangan isikan jiwa kosong
dengan segala macam hiburan dan keseronokan melampau seperti kegiatan merempit,
zina, minum arak, berjudi dan sebagainya. Semua ini boleh membuat seseorang itu
lupa akhirat. Sebaliknya isikan masa (dan juga jiwa) dengan menghadiri majlis-majlis
ilmu. Di dunia seronoknya sementara, di akhirat sakitnya selama-lama.
“Meninggalkan perbuatan
membuka aib orang (maka dia akan diberi peluang memperbaiki diri)”.
Sifat suka mengutuk umumnya
berada dalam hati orang yang cemburukan kelebihan pihak lain. Jaga mulut dan
perbuatan supaya tidak dianiayai oleh hati yang busuk.
Jadikan hati itu taman yang
berbungakan bacaan Al Quran. Fahami makna ayat-ayatnya, amalkan perintah yang
terkandung di dalamnya. Al Quran adalah sumber motivasi terhebat. Bait-bait
indahnya mengalir mengikut darah ke seluruh tubuh dan menggerakkan anggota
badan supaya melakukan perbuatan yang baik. In Sya Allah.
No comments:
Post a Comment