Thursday, March 7, 2013

Belum Islam Vs Kafir


serenemaklong.blogspot.com




SELALU sangat kita mengatakan mereka yang bukan Islam itu kafir. Tetapi tahukah kita apa makna sebenar kafir itu? 

Bukankah kafir itu merujuk kepada mereka yang apabila mesej Islam dan kebenaran telah sampai, mereka menolak dan menyembunyikannya?

Tetapi apa pula beza antara Kafir Harbi dengan Kafir Zimmi?
Kafir Harbi ialah mereka yg mengetahui kebenaran tentang Islam tetapi menolak serta menentang dan memerangi orang Islam. Manakala Kafir Zimmi pula ialah mereka yang tidak menentang dan memerangi orang Islam.

Persoalannya, adakah mereka yang bukan Islam di Malaysia ini menentang atau memerangi orang Islam? Adakah mereka ini menghalau dan menzalimi orang Islam? Mana mungkin mereka digelar Kafir atau Kafir Harbi atau Kafir Zimmi jika kita orang Islam sendiri tidak berusaha untuk menyampaikan mesej Islam atau sekurang-kurangnya menunjukkan akhlak yg baik kepada mereka.

Jika begitu bukankah lebih tepat, baik dan cantik jika kita memanggil mereka yang belum sampai pengetahuan Islam sebagai "yang belum Islam"?

Jadi, tolonglah sahabat semua berhati-hati dalam membezakan gelaran kerana khuatir gelaran itu akan kembali kepada kita. Janganlah dengan sebab kita dilahirkan sebagai Islam maka dengan sombongnya kita memanggil mereka kafir. Siapakah kita untuk menghukum mereka yang belum Islam sebagai kafir? 

Hidayah itu milik Allah. Maka seharusnya tugas kita adalah untuk menyampaikan ajaran Islam, dan bukannya sesuka hati menjatuhkn hukum pada orang lain. Hanya Allah sebaik-baik penghukum.


No comments:

Post a Comment