Wednesday, March 27, 2013

Bila Tiba Hidayah Itu

serenemaklong.blogspot.com



  
TINGGINYA bilangan mualaf di kalangan wanita terpelajar Inggeris menjadi perbahasan para penyelidik di American University of Sharjah (AUS) dan University of Cambridge.

Bagi Profesor Yasir Suleiman dari American University of Sharjah, ada banyak sebab mengapa wanita Inggeris memeluk Islam. Ini bukan trend semata-mata ataupun kerana ingin berkahwin dengan lelaki Islam. Mereka mendalami agama Islam dengan akal sehingga akhirnya  mendapat hidayah.

Menurut Yasir, pihaknya menyelidiki pengalaman yang dilalui oleh wanita Inggeris yang menjadi Muslim dalam konteks politik, sosial dan agama. Hasil penyelidikan itu mendapati, wanita-wanita tersebut pada mulanya mengamati setiap sesuatu yang wujud di sekitar diri masing-masing. Ia berkembang secara beransur-ansur sehingga menimbulkan kefahaman dan keyakinan dan akhirnya membuka minda untuk berhijrah kepada identiti yang baru.

Profesor Madya Teori Sastera dan Studi Wanita, American University of Sharjah, Nawar Golley mengatakan tentangan yang dihadapi wanita Muslim Inggeris membuatkan mereka  berintergrasi, yang mana dengan sendirinya memainkan peranan penting yang positif.

Sokongan organisasi secara terbuka juga dapat membantu para mualaf, khususnya dari kalangan wanita. Melalui organisasi ini, adalah diharapkan akan tersedia akses bagi mereka yang ingin menjadi Muslim. 

(Sumber: emirates24/7 – 2013. Terima kasih Bashir Ahmad kerana sudi berkongsi)


No comments:

Post a Comment