serenemaklong.blogspot.com
POLITIK memang penting dalam
Islam. Yang kurang baik ialah politik kepartian kerana ia menjadi punca perpecahan
ummah dalam masyarakat, merugikan bangsa juga negara. Pencapaian kemajuan dalam
bidang ekonomi, pendidikan dan sosial terjejas akibat kempen dan fahaman
politik melampau dan berlebihan.
Kuasa yang diperolehi dalam kemenangan pilihan raya lalu dibazirkan
dengan kempen ceramah politik yang rancak berterusan di sana sini manakala usaha
membangunkan negara yang dijanjikan dalam manifesto tinggal janji kosong. Sama
ada pembangkang mahupun pemerintah sering berlaku salah menyalah, tuduh
menuduh. Yang menanggung akibat ialah rakyat jelata.
Pergolakan dan cita-cita besar dalam diri pemimpin yang menyebabkan hal ini berlaku. Pengaruh kuasa dan kedudukan menjadikan pemimpin lupa akan tugas dan peranan hakikinya untuk memajukan kampung, daerah, negeri dan negara ke arah kesejahteraan.

Pergolakan yang berlaku di peringkat atas juga berlaku di peringkat
bawahan. Pemimpin parti harus faham bahawa rakyat sudah tidak mampu lagi
mendengar pelbagai fitnah, tohmahan dan hasutan yang membawa perselisihan dan
perpecahan dalam kalangan ummah di peringkat bawahan.
Kejayaan sesebuah parti politik sebenarnya ialah parti yang dapat membawa kesejahteraan hidup kepada rakyat di dunia dan akhirat. Pemimpin yang taqwa menjadikan kepimpinan Rasulullah saw sebagai pedoman dan teladan.

Daripada Abu Najih bin Sariyah r.a berkata, Rasulullah saw pernah
menasihati kami dengan nasihat perpisahan yang meluluhkan hati dan mencucurkan
air mata. Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, seperti ini adalah nasihat
perpisahan, oleh itu berilah kami nasihat.” Baginda bersabda, “Aku wasiatkan kepada kamu untuk tetap
menjaga ketakwaan kepada Allah SWT tunduk taat (kepada pemimpin) meskipun kamu
dipimpin oleh hamba sahaya. Kerana orang yang hidup sesudahku akan melihat
pelbagai perselisihan. Hendaklah kamu berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah
Khulafa’ Al-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah kuat-kuat sunnah itu
dengan gigi geraham kamu dan hindarilah ajaran-ajaran yang baru (dalam agama),
kerana semua bidaah itu sesat.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Fahaman politik berbeza-beza yang kian menular dalam masyarakat sekarang menyebabkan terlalu banyak kerosakan dan kemusnahan. Ia semua berlaku kerana kalangan masyarakat kurang berilmu dan mudah menjadi keliru sehingga tidak dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil, lantas mengikut secara membabi buta.
Oleh itu sebaik-baiknya kita tetap bertakwa kepada Allah SWT, meningkatkan ilmu dan berpegang kuat kepada sunnah Rasulullah saw sebagai panduan dalam kehidupan berpolitik dan mematuhi pemimpin yang menegakkan agama dalam dunia yang penuh cabaran dan godaan ini.

No comments:
Post a Comment