serenemaklong.blogspot.com
APABILA kami bergambar dan mengunjungi Maulana Asri dan Dr Asri, kami digelar
Wahabi,
APABILA kami berkata belajar sifat 20 dan tauhid serangkai O.K, kami dituduh
Asyra'irah,
APABILA kami memuji teknik & kaedah Ustaz Azhar Idrus mendekati orang muda
dalam ceramahnya, kami dituduh penonton Maharaja Lawak,
APABILA
kami menegur kerajaan, kami dituduh khawarij,
APABILA kami menegur pembangkang, kami dituduh pencacai kerajaan,
Milik siapa gelaran ini? Adakah seseorang itu berhak menggelarkan orang lain? Tidak cukupkah kita
dikenali sebagai Muslim sahaja tanpa label lain? Nabi Muhammad s.a.w tak pernah
bawa label seperti Sufi, Syiah, Asyara'irah dan sebagainya. Dari mana datangnya
semua ini? Adakah kita ingin menamakan jemaah kita lain daripada jemaah yang
Nabi Muhammad s.a.w bawakan?
Cukuplah segala label ini. Kami Muslim... Muslim yang mengikut Quran &
Sunnah sebagaimana pemahaman dan amalan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat
dalam ibadah. Perkara muamalat dalam Islam sangat luas.
Firman
Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum
lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus
puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu
puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang
lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah
pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang
buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya
menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa
yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang
yang zalim."
(Al-Hujuraat 49:11)
Kongsikan pendapat Prof Dr Muhaya mengenai 7
PERANGKAP yang selalu mengganggu dan membelenggu mereka yang menuntut ilmu.
Baca di sini: http://bit.ly/perangkapilmu
No comments:
Post a Comment