Wednesday, March 2, 2011

Teknik Mengecat

serenemaklong.blogspot.com

Cat bermutu bukan pengukur untuk mendapatkan warna yang diingini. Sebaliknya, ia bergantung kepada kemahiran dan keupayaan anda mengecat. Melarutkan cat bukan sekadar mencampurkannya dengan bahan asas seperti air. Ini kerana campuran berkenaan mungkin tidak menjadi. Berikut lapan cara mendapatkan kemasan cat yang baik.

Persediaan yang betul
Siapkan semua bahan yang hendak dicat. Untuk mengecat logam ferus, hapuskan karatnya dahulu menggunakan alat pengikis atau berus dawai.Sebelum mengecat semula permukaan yang masih disaluti cat lama, pastikan permukaan berkenaan tidak dilekati gris, minyak atau berada dalam keadaan lembap.Ini bertujuan mendapatkan kemasan cat menarik dan melekat kemas.

Pilih proses dan ciri yang tepat
Menggunakan minyak asas lambat kering dan cat primer berpigmentasi pekat sebelum dikemaskan dengan produk sintetik adalah kesilapan besar. Ini kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada permukaan yang menimbulkan rekahan dan pengelupasan serta merta. Anda digalak berunding dengan pengeluar cat dan mengikut prosedur mereka sebelum memulakan kerja mengecat.

Kacau cat sebelum guna
Antara sebab warna cat kurang menyerlah adalah kerana ia tidak dikacau sebelum diguna. Ini termasuk ketidaksamarataan ciri berkilau cat enamel yang memberi hasil tidak memuaskan.Jika kandungan pigmen terlalu menonjol, bahagian yang bercecair perlu dicurah keluar dan diasingkan dahulu manakala bahagian paste selebihnya dikacau rata. Pastikan tidak ada yang berketul. Bahagian cecair tadi kemudian digaul bersama bahagian paste secara perlahan-lahan.

Bahan pencair (thinner) yang betul
Kebanyakan cat hari ini dibuat untuk sedia diguna (ready-to-use) yang tidak memerlukan sama sekali bahan pencair. Jadi untuk mencairkan cat, sila rujuk kepada panduan pengeluar atau kacau perlahan-lahan bahan pencair bersama cat. Campuran bahan berupa petroleum, paraffin dan minyak petrol hanya menyebabkan ketidakseimbangan sekali gus memusnahkan formula serta intipati cat.Proses mencairkan cat patut dilakukan secara cermat. Bahan pencair yang berlebihan boleh menyebabkan cat  tidak likat sekali gus mengurangkan kepekatan warna serta kilatannya.

Mengecat waktu siang
Sama ada untuk kegunaan luar mahupun dalam rumah, siang hari adalah waktu paling sesuai untuk mengecat rumah.Ini kerana udara malam yang lembap dan basah boleh menjejaskan rupa cat selain melambatkan proses pengeringan.

Pastikan cat kering dengan sempurna
Produk cat sekarang cepat kering hingga adakalanya anda boleh melakukan dua kerja mengecat dalam satu masa. Begitu pun, sebaiknya anda disyor menangguhkan dahulu mengecat lapisan kedua sehingga cat pertama kering (paling baik sehari selepas menyapu cat asas) bagi mengelak timbulnya kesan berlapis dan menggelupas. Petua menghasilkan warna dinding yang menarik ialah menyapu dengan dua cat asas, biarpun nipis namun lebih menarik berbanding selapis cat tebal.

Sesuaikan cat asas dengan kemasan
Bagi mendapatkan kemasan licin dan berkilat, anda harus memastikan permukaan dinding benar-benar rata kerana cat berkilau boleh menonjolkan kecacatan dinding.

Pastikan peredaran udara dalam keadaan baik sewaktu mengecat
Tidak digalak mengecat dalam keadaan ruang tertutup atas sebab pemeluwapan. Sebaiknya, cat di kawasan laluan udara kerana ia mempercepat proses pengeringan berikutan larutan mengalami pemeluwapan. Lagipun cara ini sesuai dengan cat minyak yang cepat teroksida.

4 comments:

  1. nak tanya..kalau dinding rumah telah dicat minyak..macam mana kita nak tukar kpd cat kapur ye? betul ke kena kikis dulu cat minyak tu? atau pun boleh cat kapur warna putih?

    ReplyDelete
  2. nak tanya..kalau dinding rumah telah dicat minyak..macam mana kita nak tukar kpd cat kapur ye? betul ke kena kikis dulu cat minyak tu? atau pun boleh cat kapur warna putih?

    ReplyDelete
  3. macam mana jika dulunya cat dinding adalah jenis cat minyak dan ingin bertukar ke cat kapur

    ReplyDelete
  4. kalu campur minyak petrol blh x

    ReplyDelete