Monday, March 21, 2011

Obesiti Refraktori

serenemaklong.blogspot.com

Obesiti Refraktori ialah satu keadaan di mana seseorang itu tidak berjaya menjadi langsing semula. Diet, senaman dan ubat-ubatan gagal menurunkan berat badan. Mangsa akan menjadi lebih gemuk setelah menjalani rawatan pelangsingan. Mereka kurang tenaga, mudah murung, berkulit kasar dan kurang menarik. Senaman juga melemahkan mereka dan menjadikan mereka semakin gemuk.

Kesan obesiti refraktori terhadap tubuh:
  • Tulang mengecil dan merosot terutama tulang pada muka,menyebabkan muka kelihatan bulat dan sembap.
  • Kekejangan otot
  • Berisiko mendapat penyakit metabolik
  • Mudah letih
  • Mata kelihatan sepet
  • Cepat lapar
  • Tidak mampu bersenam
  • Haid tidak menentu bagi wanita
Rawatan
Tidak ada kaedah diet dan senaman yang mampu mengatasi masalah ini disebabkan obesiti refraktori kekurangan enzim dan hormon pembakar lemak. Rawatan terbaik adalah meningkatkan paras enzim dan hormon. Rawatan yang penting ialah terapi enzim yang merangsang ketosis.

Selain itu senaman menggunakan otot yang menyokong tubuh iaitu core muscles exercise mampu menjana fungsi metabolik dengan berkesan. 

Masalah
Hormon estrogen yang berlebihan menyebabkan lemak terkumpul di bahagian depan tubuh iaitu payu dara, ketiak, perut dan lengan. Oleh itu hormon estrogen dan progestron perlu seimbang dalam diri wanita. Jika tidak, wanita menghadapi kesulitan memakai korset atau pakaian ketat. Korset yang muat selesa dipakai pada waktu pagi terasa seolah-olah semakin ketat. Ini adalah kerana tubuh mereka menyimpan air yang banyak menjelang waktu petang dan malam.

Pendekatan bagi menangani masalah ini harus dibuat menerusi pelbagai aspek. Setelah doktor mengenal pasti makanan yang sesuai dengan komposisi tubuh seseorang, barulah usaha menjaga diri bagi mengelakkan stimulasi hormon kortisol dan estrogen menjadi lebih mudah. Selain itu, mengelakkan diri daripada ketegangan dan menghadapi tekanan kehidupan seharian dengan bijak juga penting.

Masalah kedua ialah pengumpulan lemak pada muka dan belakang leher. Biasanya tangan dan kaki agak kecil, perut membesar sedikit dan terdapat kesan rekahan yang dinamakan striae. Ia kelihatan seperti rekahan pada perut wanita hamil. Mereka bermuka bulat, dagu berlapis dan lazimnya bertubuh rendah.

Masalah ketiga pula ialah pengumpulan lemak pada punggung sahaja. Bahagian atas tubuh dan muka kecil, lagi comel. Ini berlaku kerana keaktifan hormon gonadal yang tinggi. Mereka yang mengalami masalah ini disaran mengambil hormon bloker dan juga mengelak mengambil makanan seperti organ dalaman haiwan yang kaya dengan hormon gonadal.

Masalah keempat adalah pengumpulan lemak pada perut dan pinggang. Bagi lelaki ini berlaku kerana kekurangan hormon testoteron serta kemerosotan aktiviti Growth Hormone. Tubuh jenis ini berisiko mendapat diabetes. Sel-sel tubuhnya tidak efektif terhadap insulin  menyebabkan insulin dikeluarkan dengan banyak. Kesan insulin banyak akan merendahkan kadar gula tubuh dan melemahkan tenaga. Mereka kerap berasa lapar dan kerap makan menyebabkan berat badan bertambah. 
(Sumber: www.marissa-esthetic.com)

No comments:

Post a Comment