Tanaman saka jangka pendek ini boleh hidup selama tiga sehingga lima tahun di kawasan beriklim tropika dengan penjagaan baik. Di tempat asalnya ia boleh hidup dengan baik pada keadaan tanah masam. Ia memerlukan tempoh waktu siang yang panjang bagi mendapat pertumbuhan tampa ng lebih baik. Pertumbuhan tampa ng itu akan berkurangan dengan ketara apabila pokok mula berbunga. Tempoh waktu siang kritikal bagi tanaman ini ialah 13 jam sehari bagi pengeluaran hasil daun dan pemanis yang tinggi.
Tumbuhan ini ditanam secara komersial di Brazil , Paraguay , Amerika Syarikat , Israel , Thailand , England , Russia dan China . Stevia rebaudiana boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah terutama jenis lom dan lom berpasir yang mengandungi bahan organik. Kandungan organik perlu ada di dalam tanah untuk memberi pertumbuhan yang baik. Menggunakan kaedah keratan batang adalah cara mudah untuk penanaman yang banyak dalam masa singkat. Ia tidak memerlukan pembajaan yang tinggi dan mudah untuk dijaga.
Stevia rebaudiana tidak berhadapan dengan masalah serius serangan serangga perosak kerana bahan kimia pemanis yang terdapat padanya dikatakan mampu menjadi pelindung.
Peningkatan kefahaman pengguna terhadap kesihatan diri memperkukuhkan kenya taan betapa pentingnya penggunaan pemanis asli berkalori sifar ini. Ia mengandungi seribu satu manfaat pada kesihatan. Didatangkan atas pelbagai jenama, stevia rebaudiana dalam bentuk serbuk mudah diguna ada dijual di kebanyakan farmasi di Malaysia . Sehingga kini tiada sebarang kesan sampingan yang dilaporkan mengenai penggunaan pengambilannya.
No comments:
Post a Comment