serenemaklong.blogspot.com
Oleh Ustaz Wan Asrul, Terapi Islam Al-Fatah, Melaka.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh para pembaca yang budiman,
Tergerak hati saya untuk berkongsi bersama amalan sebelum kita masuk ke kedai makan atau ke sesuatu majlis. Akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang pelaris di kedai makan atau di mana-mana sahaja. Tujuan saya berkongsi amalan ini bukan untuk melakukan provokasi ke atas kedai makan yang disyaki mempunyai pelaris, tetapi sebagai hamba ALLAH dan umat Rasullullah S.A.W, setiap gerak geri, tutur kata dan makan minum harus sentiasa terjaga.
Saya kongsikan bersama-sama amalan sebelum ke kedai makan atau majlis keramaian untuk kita mengelakkan termakan bahan yang dicampurkan pelaris dan racun NauzubILLAH).
Sebelum keluar rumah:
Fatihah
Ayatul Qursi 1x
Quraish 1x
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
2. (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
3. maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini,
4. Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Al-Ikhlas 3x
Ayat penggerak 3x
Keluar rumah melangkah kaki kanan sambil membaca doa keluar rumah (Bismillahi Tawaqaltu Alallah. Lahaulawala Quwata Illa BiLLAHi Aliyil Azim).
Semasa sampai di kedai atau majlis:
Quraish 1x
InnALLAHa Qawiyun Aziz 3x
Ayat pengerak 3
Masuk dengan kaki kanan ke dalam majlis. Jika ada petanda seperti loya, pening dsb, itu adalah petanda yang tempat tersebut mempunyai pelaris.
Mengikut pengalaman saya, jika ada sihir di dalam makanan, pinggan atau cawan akan pecah.
Cuba amalkan untuk kesejahteraan bersama. InsyaALLAH. ALLAH bersama-sama dengan kita yang sentiasa ingat pada-Nya.
WALLAHUALAM.
No comments:
Post a Comment