Rumah yang menjadi tempat perlindungan keluarga mesti kukuh dan tahan seumur hidup, malah sepatutnya boleh diwarisi anak cucu dalam keadaan baik.
Bagi mereka yang mempunyai peruntukan terhad dan terdesak untuk membina atau membuat pengubahsuaian, mereka boleh menguruskan sendiri kerja-kerja itu, meskipun kurang kemahiran.
Atau mereka juga boleh membeli sendiri barangan binaan dan kemudian mengupah tukang yang dipercayai untuk melakukannya.Walaupun menjimatkan namun ada risikonya. Jika silap memilih tukang, hasil kerja mungkin tidak memuaskan dan mungkin juga perlu diperbaiki. Ini menyebabklan kerja yang sama dibuat dua kali, sekali gus meningkatkan belanja dan menyebabkan kerugian.
Namun, jika pengetahuan tidak setinggi mana, dan peruntukan pula sememangnya ada, elok jika diserah pada kontraktor berpengalaman. Kerja seperti memasang batu-bata, jubin dan melepa memerlukan kemahiran dan jarang sekali dapat dibuat oleh seorang. Jadi, anda perlu memikirkan sama ada untuk menyerahkan kerja pembinaan kepada seorang sahaja atau kepada orang berlainan yang pakar dalam bidang masing-masing.
Sekiranya dibuat oleh oran g berlainan, anda mesti pastikan jumlah perbelanjaan dalam lingkungan peru ntukan yang ada. Jika upah menjadi lebih mahal, maka matlamat anda untuk mengurangkan perbelanjaan pembinaan tidak tercapai. Ini bermakna anda perlu membuat perkiraan yang betul, sama ada mengambil seorang tukang lebih menjimatkan daripada mengupah tukang yang berlainan.
Bagi mereka yang mempunyai peru ntukan yang selesa, tidak bermakna perlu melepaskan sepenuh kerja pembinaan kepada kontraktor yang dipilih. Sebaliknya mereka perlu juga melengkapkan diri seberapa banyak pengetahuan supaya tidak mudah tertipu kerana ada kontraktor yang tidak jujur dan suka memerangkap pelanggan.
Mengubahsuai atau membina rumah membabitkan beberapa perkara utama iaitu mengenalpasti perbelanjaan, mereka bentuk kediaman, menentukan arkitek dan memilih kontraktor.
Memilih arkitek
Memilih arkitek adalah berdasarkan pengalaman kerja mereka:
Arkitek reka bentuk terbabit dalam menentukan perkara asas, menghasilkan contoh pelan, dan lebih banyak membuat kerja dalam pejabat.
Arkitek tapak dan arkitek projek terbabit alam kedua-dua urusan iaitu melukis pelan dan melawat tapak.
Kemampuan seseorang arkitek adalah berdasarkan kepada kebolehan mereka menterjemah idea kepada lukisan yang boleh difaham oleh tuan rumah bagi menggambarkan keindahan atau keunikan hasil reka bentuknya. Ark itek harus mahir dalam mereka bentuk sebarang bentuk konsep dan berpengalaman dalam kaedah pembinaan serta tahu menangani masalah di tapak binaan.
Bagaimana untuk mengetahui tahap kemampuan arkitek? Anda harus menguji kebolehan arkitek berkenaan dalam kes-kes tertentu, sama ada dalam bentuk lukisan atau kemahiran menyelesaikan masalah ketika dalam pembinaan.
Anda boleh memilih mana-mana arkitek sekiranya anda hanya ingin mereka bentuk banglo yang biasa tetapi jika ingin mereka bentuk banglo mewah atau berciri unik seperti bergaya Bali , tropika da kedesaan (country home), maka anda hendaklah memilih arkitek yang bidang pengkhususannya adalah mereka bentuk banglo mewah. Ark itek ini biasanya menyediakan pelan atau perspektif banglo yang berkonsepkan ciri unik yang memerlukan penelitian rapi oleh arkitek terbabit.
Memilih kontraktor
Kontraktor terbahagi kepada kontraktor infra (jalan dan longkang), lanskap, banglo, ubah suai, reka bentuk dalaman rumah dan meningkatkan imej pejabat. Biasanya, kontraktor yang terbabit dalam pengubahsuaian rumah terbahagi kepada tiga kategori:
- berkemahiran membina banglo bertaraf sederhana dan mewah – nilai projek biasnya RM200,000 dan ke atas.
- mengendalikan pembinaan rumah atau banglo biasa dan kerja penubahsuaian- nilai projek biasanya RM20,000 hingga RM400,000.
- kontraktor kecil-kecilan seperti membaiki paip, tingkap dan memasang jubin – nilai projek biasanya kurang daripada RM20,000.
Pemilihan yang tepat adalah berdasarkan kehendak dan keinginan tuan rumah. Jangan serahkan kerja membina banglo mewah kepada kontraktor kategori ketiga yang kosnya mungkin lebih rendah tetapi hasilnya tidak memuaskan atau projek itu akan terbengkalai kerana dia tidak arif dalam pembinaan banglo.
Kontraktor kategori pertama mempunyai pelbagai kemahiran dan kemudahan seperti:
· in-house consultancy – mempunyai jurutera dan arkitek di bawah satu bumbung iaitu boleh mengambil projek reka dan bina (design and built).
· mempunyai kelengkapan mesin dan jentera yan mencukupi.
· mempunyai pekerja mahir.
Kemudahan in-house consultancy akan membantu anda dalam proses mendapatkan reka bentuk kerana artikek, jurutera dan kontraktor bekerjasama semasa di peringkat awal proses reka bentuk lagi. Penjimatan dapat dilakukan kerana di peringkat proses reka bentuk lagi harga sudah ditentukan, berdasarkan pilihan yang diberikan. Anda dapat mengenal pasti reka bentuk yang yang mampu dibina berdasarkan peruntukan anda sendiri. Pihak kontraktor boleh mencadangkan pakej yang mahal atau murah atau mana yang lebih selamat dipilih.
Bagi menilai kebolehan kontraktor anda perlu mendapat maklumat lanjut mengenai kontraktor terbabit seperti:
- meminta kontraktor itu menunjukkan contoh rumah yang sudah siap dibinanya.
- mengenal pasti harta/kelengkapan pembinaan yang dimiliki, termasuk kenderaan atau mesin seperti lori dan pengadun konkrit.
- memastikan projek yang akan diberikan tidak `dijual` kepada kontraktor lain.
- membuat perbandingan harga.
- melawat pejabat kontraktor terbabit.
(Sumber: Anjung Seri)
No comments:
Post a Comment