Sunday, March 27, 2011

Lindungi Kawasan Bercerun di Kediaman


Lazim bagi mereka yang memiliki kediaman di kawasan bercerun serta lereng bukit berhadapan masalah hakisan tanah selepas hujan lebat. Kesan air hujan (water runoff) pada permukaan tanah mengundang hakisan malah keadaan akan bertambah buruk apabila tanah yang kaya dengan nutrien turut mengalir bersamanya. Cara mudah menyelesaikannya dan mesra alam ialah dengan menanam tanaman penutup bumi (ground covers) di sekitar kawasan bercerun. Ini bukan sahaja dapat mengindahkan pemandangan persekitaran malah akarnya yang kuat akan mencengkam dan memegang tanah lalu menghalangnya daripada terhakis.

Untuk hasil terbaik menstabilkan permukaan cerun, elok dipelbagaikan kategori tanaman hiasan seperti renek dan pokok teduhan. Pilih tanaman hiasan berdasarkan kadar pencahayaan di bahagian cerun tersebut. Contoh, jika ia menerima sinaran matahari yan sedikit tanamlah spesies shade loving plants seperti Hemigraphis spp, Ophiopogon spo, Pandanus pygmeus dan Eugenia oleana. Manakala untuk kawasan cerun yang menerima kadar cahaya matahari banyak, elok sekali ditanam rumput sahaja.
  

No comments:

Post a Comment