serenemaklong.blogspot.com
MERAH
Pemilik restoran percaya mengecat dinding di ruang makan restoran dengan warna merah dapat merangsang nafsu makan dan merancakkan perbualan.
Sebagai warna yang memberangsangkan, merah dikatakan mampu meningkatkan aliran adrenalin dalam saluran darah, justeru ai amat sesuai dijadikan warna kemasan dinding di mana-mana ruang kediaman.
KUNING
Kuning mempengaruhi emosi untuk ceria dan menaikkan semangat tetapi tidak elok mengecat keseluruhan dinding dengan warna ini kerana ia mampu membuatkan seseorang menjadi agresif.
Kuning mampu meningkatkan kadar metabolisme dan sering diguna sebagai warna kemasan dinding di ruang dapur dan ruang makan.
Dinasti Sung di China mengangkat kuning sebagai warna diraja kerana ia melambangkan kebijaksanaan dan kerohanian.
JINGGA
Jingga merangsangkan nafsu makan, kerana itu ia banyak dijadikan warna dinding restoran makanan segera.
Jingga juga mengurangkan rasa letih. Tukang masak lebih bertenaga bekerja di ruang dapur bercat warna ini.
HIJAU
Hijau dikatakan memberi kesan psikologi kepada manusia dengan menenangkan minda dan penglihatan serta meningkatkan daya tumpuan. Ia sesuai dijadikan warna dinding pejabat.
Hijau juga melambangkan kehidupan, kesuburan dan sesuai dijadikan warna bilik tidur atau bilik beribadat.
Hijau menjadi warna pilihan kebanyakan jurureka dalaman kerana sifatnya yang damai dan mengharmonikan warna-warna lain yang diguna di satu-satu ruang.
UNGU
Golongan diraja Roman dan bangsawan memilih jubah berwarna ungu kerana ia melambangkan kuasa dan keistimewaan serta menjadi warna penting untuk perayaan Easter dan berkait rapat dengan gereja atau paderi.
Ungu dikatakan merangsang nafsu berahi dan sesuai dijadikan warna kemasan bilik tidur.
HITAM
Meskipun hitam dianggap warna kematian dan kejabatan, ia amat penting dalam dunia hiasan dalaman serta fesyen pakaian kerana kelambangkan keangunan dan kemewahan.
PUTIH
Putih melambangkan kebersihan dan permulaan kepada kehidupan. Ia juga dianggap warna berkabung bagi sesetengah budaya.
BIRU
Biru mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menenangkan degupan jantung serta denyutan nadi, justeru sesuai dijadikan warna kemasan dinding bilik tidur.
Biru menjadi warna penting kepada jurureka kerana ia melambangkan teknologi tinggi tetapi bagi sesetengah budaya di Barat, biru adalah warna tidak bermoral.
Bagi masyarakat Mesir, mereka menghormati warna biru dan menjadikan biru sebagai warna diraja.
MERAH JAMBU
Kemasan dinding di bilik tidur yang berwarna merah jambu mewujudkan suasana romantik dan meningkatkan minat serta keseronokan seks.
Sesetengah negara mengecat dinding penjara dengan warna merah jambu kerana dikatakan dapat menenangkan banduan yang ganas.
MERAH UNGU
Campuran merah dan ungu dikatakan dapat mewujudkan suasana bertenaga.
(Sumber: Anjung Seri)
No comments:
Post a Comment