Tuesday, September 8, 2015

Usah Hukum Yang Berubah

Orang yang sibuk ‘menghukum’ tidak akan sempat memberi kasih sayang. Begitulah yang pernah diungkapkan oleh orang yang bijak pandai. Kadang-kadang, belum pun mula berkenalan, apa lagi bercakap-cakap, baru melihat wajahnya sahaja, terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya. Acapkali kita menghukum orang lain dengan kesilapan lama, sedangkan mungkin dia telah berubah. Mahukah kita kalau dihukum dengan kesalahan yang kita telah perbaiki berkali-kali?

No comments:

Post a Comment