Wednesday, September 2, 2015

Singa-singa Palestin

Sekumpulan rakyat Palestin menunjuk perasaan kerana pihak Israel (IDF) bertindak ganas ke atas penduduk tempatan. Beberapa kumpulan rakyat Palestin lain duduk memerhatikan dari jauh. Anggota IDF pula bersembunyi di sebalik batu besar dan pokok menunggu peluang untuk mencekup penunjuk perasaan. Apabila anggota IDF cuba menyerang, penunjuk perasaan dan rakyat Palestin yang menonton berlari hendak menyelamatkan rakan mereka. Tatkala itu Mohammed Tamimi, 11 tahun ditinggal berseorangan. Peluang itu digunakan oleh seorang anggota IDF untuk melarikannya. Perbuatan itu disedari oleh keluarga Tamimi lalu mereka bergelut untuk melepaskan anak tersebut.
Inilah kakak Tamimi berusia 14 tahun yang menggigit anggota IDF itu bagaikan singa. Seluruh kejadian berjaya dirakam dan dimuat naik ke laman sosial sehingga menjadi viral ke seluruh dunia.[Sumber: Brònagh Hegarty]

No comments:

Post a Comment