Wednesday, September 9, 2015

Penemuan Monumen Ritual

Monumen batu prasejarah besar yang terbenam tiga kaki di dalam tanah dan berusia 4,500 tahun, telah ditemui kira-kira 1 batu dari tapak Stonehenge yang terkenal di Britain. 90 monolith besar berukuran sehingga 15 kaki membarisi sebuah "arena" berdekatan Durrington Wall yang merupakan tapak neolithic di Wiltshire, England. Kemungkinan batu-batu ini diguna sebagai tempat upacara keagamaan atau ritual solstis. Bulatan batu itu dikelilingi parit dan tebing berukuran garis lintang kira-kira 1 batu.
Foto ini merupakan gambaran pelukis mengenai penemuan yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik diketuai Vince Gaffney dari Universiti Bradford yang menggunakan radar penembus bumi. Gambaran yang diperolehi menunjukkan sebahagian daripada Durrington Wall dijajarkan ke arah matahari terbit ketika soltis musim sejuk iaitu hari paling singkat di sepanjang tahun. Setakat ini belum ada usaha untuk menggali baru-batu kapur tersebut. [Sumber NBC]

No comments:

Post a Comment