Sunday, September 13, 2015

Korban Kren Tumbang

Memang banyak kerja pembinaan dilakukan sekitar Masjidil Haram dan sekali gus mengubah lanskap tempat yang bersejarah lagi suci ini. Kaabah menjadi binaan kerdil yang dipagari pencakar langit.
Allah menghantar hujan lebat disertai ribut petir. Sebuah kren dipanah petir, menyebabkan dasarnya tergerak dan tumbang ke atas jemaah yang sedang tawaf.
Innalilahi wa inna ilaihi rojiun. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Jumaat, 11hb September 2015 (waktu Makkah), kematian datang mengejut kepada hamba-hamba Allah yang terpilih.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Kadangkala sesuatu yang buruk di sisi manusia untuk dunia tetapi di sisi Allah ia baik untuk akhirat. Mereka meninggal dunia dalam keadaan terbaik, pada hari Jumaat, penghulu segala hari, di dalam Masjidil Haram, kerana ditimpa benda keras yang pahalanya adalah syahid.
Hadis dari Jabir bin Atik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ: الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ ---“Selain yang terbunuh di jalan Allah, mati syahid ada tujuh: mati kerana ta’un syahid, mati kerana tenggelam syahid, mati kerana sakit tulang rusuk syahid, mati kerana sakit perut syahid, mati kerana terbakar syahid, mati kerana ditimpa benda keras syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid.” (HR. Abu Daud 3111 dan dishahihkan Al-Albani).

No comments:

Post a Comment