Tuesday, September 8, 2015

Pra-Syarat Bantuan Dari Allah

Saidina Umar al Khattab berpesan kepada tentera Islam yang diketuai oleh Sa'ad bin Abi Waqqas dengan pesanan berikut: "Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu, wahai Sa'ad dan juga mereka yang bersama-samamu supaya BERTAQWA kepada Allah dalam APA-APA JUGA KEADAAN kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah adalah SEBAIK-BAIK PERSIAPAN UNTUK MENGALAHKAN PIHAK MUSUH dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.
Aku memerintahkan kamu dan mereka yang bersama-samamu supaya MENJAUHKAN DIRI DARIPADA MAKSIAT kerana sesungguhnya DOSA-DOSA YANG DILAKUKAN OLEH TENTERA ISLAM LEBIH AKU TAKUTI DARIPADA MUSUH-MUSUH ISLAM. Sesungguhnya orang Islam mendapat PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH disebabkan kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana itu nescaya tidak ada lagi bagi orang Islam kekuatan.
Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka JIKA AMALAN MAKSIAT DAN TABIAT KITA SAMA DENGAN MUSUH, NESCAYA KELEBIHAN KEKUATAN DAN KEMENANGAN AKAN MENYEBELAHI MEREKA. Jika tidak mendapat pertolongan dari Allah ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka. Ketahuilah, bahawasanya BERSAMA-SAMA DALAM PERJALANANMYA, MALAIKAT-MALAIKAT ADA MENGAWASI. Para malaikat ini mewakili kerajaan Allah untuk menjagamu. Mereka tahu setiap yang kamu kerjakan."

No comments:

Post a Comment